click it for you,me and us!

Secure your user name now!

kekasih hati

Saturday, February 28, 2009

saya sayang sayang sayang sangat dengan awak
saya rindu rindu rindu sangat dengan awak
saya suka suka suka sangat dengan awak
(=
awak suka saya tak?
mestilah kan?!
:P
saya tak boleh hidup tanpa awak la
YUMMMMMMMMY
saya nak nangis bersama awak la
uweek~
saya cuma nak awak la
heheh

-episod gedik tamat-
.saya & chocolate.

ala chocoholic

Sunday, February 22, 2009

Secara rasminya,saya memang dikenali sebagai seorang chocoholic. Saya memang tidak boleh duduk senang untuk sehari tanpa coklat.Rasanya coklat itu sudah jadi drug pada saya.Bila saya menangis pun,saya selalu mencari coklat.Saya pun tidak tahu manalah hadirnya tabiat suka makan coklat.
Saya tidak takut pada coklat sepertimana kebanyakkan perempuan di dunia yang fana` ini.Bilangnya:

I takut gemuk la.I takut ada jerawat nanti.I takut bla bla I tak suka kalau I jadi debab.


Hekleh.Takutlah sangat.Tahukah anda bahawa hakikat coklat itu memberikan perangsang yang baik untuk otak.Sebelum masuk ke dewan peperiksaan,saya akan makan coklat.Satu kajian yg dijalankn di Universiti Pittsburgh, AS mndapati coklat bukanlah penyebab migrain sprti tanggapan sesetengah org.Malah coklat mngndungi bahan seperti ubat penenang yg membuatkn kita rasa gembira.smile :DD

Fakta sihat tntang Coklat!yeppii..
~Coklat mngndungi bahan anti-oksidan cetechin yg serupa dgn TEH yg mampu melindungi kimia dlm tubuh drpd mmbinasakn sel-sel kita.
~Mengaitkan makan coklat dgn kemunculan jerawat adlh 'kepercayaan' karut krn tidak ada kajian mmbuktikan tanggapan trsebut.
~Para Saintis American Association bla bla bla(AAAS) mndapat bukti awal bhw koko atau lain2 jenis coklat boleh menurunkan paras tekanan darah tinggi,melancarkn pengaliran darah dan membuatkan jantung sihat.

Maka,jomlah mamam coklat.Tuhan tidak menciptakn sesuatu tanpa khasiat tahu.Kulit muka saya okai je dengan coklat.Tak kecoh pun.

Selalunya coklat bar paling murah saya selalu beli ialah £0.20 di Somerfield,Lampeter.
Cerita pasal Lampeter,hari itu saya menziarahi kaum-kaum Melayu Lampeterian.Rumah Auntie Naha,Rumah auntie Arena dan juga rumah auntie Ena.Terima kasih atas layanan yang baik sekali.
Hari ini pula,saya didatangi Melayu Lampeterian.Terima kasih atas kunjungan.Datanglah lagi ke teratak Alexandra kami.

العلم بالتعلم والحلم بالتحلم ومن يتحر الخير يعطه ومن يتوق الشر يوقه (رواه الخطيب وحسنه الالبناني)

Ertinya : Ilmu dengan pembelajaran, kesantunan dengan latihan, barangsiapa yang mencari kebaikan akan diberi, dan yang mengidamkan keburukan akan terjebak (riwayat Al-Khatib, Albani : Hasan)


Coklat pun satu subjek dalam kehidupan!

Lelaki kesayangan saya

Tuesday, February 17, 2009

1. Saya lahir dalam sebuah keluarga jawa disebelah ayah.Tapi saya tidaklah tahu untuk bertutur dalam bahasa Jawa.Faham sedikit sahaja kerana ayah tidak bertutur bahasa Jawa dirumah kami.Maka,saya tidaklah tahu sangat.Saya juga dilahirkan dalam sebuah keluarga Pattani-Arab disebelah ibu.Atuk ki berasal dari Pattani.Tuk perempuan pula keturunan Arab.Atuk ki pernah ajar saya bahasa Pattani.Saya pula main-main sahaja.Ish.Ish.

2.Saya rindukan arwah embah lanang dan atuk ki.Mereka lelaki-lelaki kesayangan saya.Mereka jauh sekali.Berjuta batu.Sayang dan rindu saya tak pernah hilang.Saya suka bergurau dengan tuk ki dan arwah embah.Saya cuba layan mereka sebaik mungkin.

3.Bila saya pulang ke Kelantan, tuk ki suka ajar saya memasak.Waktu dia muda dahulu,dia seorang chef di restoran pak ciknya.Maka masakkan tuk Ki memang sedap.Masakkan Thailand.Saya suka kenakan tuk ki dan tuk perempuan.Kesian sahaja selalu kena buli dengan cucu.Hahah.Atuk ki mahu saya belajar di pondok.Belajar agama.Saya mahu sahaja.Agar saya jadi baik dan solehah.Tapi,saya tidak tahu bila.Rindu la kat atuk ki saya yang comel.Saya kurang tinggi mungkin kerana keturunan Tuk Ki.Tuk Ki comel sahaja.

4.Waktu saya pulang ke Malaysia,pada Julai lalu,barulah saya sedari,saya tidak rapat dengan arwah embah.Waktu kecil-kecil dahulu,saya agak takut dengan arwah embah lanang.Lagi-lagi,kalau terlambat bangun Subuh.Tapi,bila sudah berjauhan selama 2 tahun,kami mulai rapat.Embah lanang selalu mengadu rindu dan mahu kami pulang menziarahinya.Bila saya pulang,saya baru merasai tanggungjawab saya sebagai cucu arwah embah lanang.Baru saya faham.

5.Dua lelaki tua ini,adalah atuk dan embah saya.Embah lanang sudah tiada,tapi beliau sentiasa di hati saya.3 hari sebelum beliau pergi,saya dan paman jaga diwaktu malam.Embah tiba-tiba melambai tangan.Muka embah senyum.Embah bercerita tentang mimpinya yang bahagia.Ya ALLAH.Rindu dengan arwah embah.Gigi putih embah.Jubah putih embah.Kopiah putih.

6.Atuk ki,kakak selalu sayangkan atuk.Embah,kakak selalu rindu embah.

7.Saya cuma mahukan kebahagiaan semua manusia.Saya sayang keluarga saya.

Bila Valentine

Friday, February 13, 2009


Hari ini hari terakhir.Half term.Yahoo.Cuti sekolah lagi.Asyik-asyik cuti sekolah sahaja orang putih inikan?Tapi,seronok tahu tidak? Bila cuti sekolah,sayalah budak paling rajin nak buat homework.Hari ini saya kecewa dengan artcoursework saya.Saya tidak suka untuk kecewa.Tapi,ibu dan ayah sayalah yang memujuk semula saya. Saya tidak suka untuk putus asa.Saya bukan begitu manusiannya.Saya percayakan diri saya.


1.Esok Valentine Day.Saya tidak menyambutnya.Saya Muslim.Saya raikan cinta dan kasih sayang saya secara UNIVERSAL seperti mana dianjurkan dalam Islam.Saya sukakan cinta dan sayang itu dihargai setiap waktu.Setakat ini,saya tidak jumpa lagi mana-mana manusia yang setaraf kasih sayang ibu dan ayah saya.Saya pula tidak setaraf kasih sayangnya dengan mereka.


2.Hari ini, saya dapat strawberry bersalutkan coklat dari kawan Mexico saya,Diana.Saya hargai sebab saya ini seorang chocoholic.Saya penggila coklat.Saya akan makan banyak coklat bila saya emo.Saya makan coklat hari-hari.Tapi,saya tidaklah gemuk dengan coklat.Saya tahu,ibu bimbang,kalau saya gemuk macam teddybear saya itulah.


3.Dalam Islam,kasih sayang itu mulia.Sejarah Valentine adalah sejarah paderi yang dibunuh di Rome.Kenapa perlu kita sambut seorang paderi? Sedangkan kita ini ummat Islam.

Pengakhiran
"Cintailah saudara seislam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari).

hikayatku =D

Wednesday, February 11, 2009

1. budak seposen yang diberi nama Nur Najihah Muhaimin.Lahir 21 mei 1991 di Hospital Teluk Intan,Perak.Sekarang tinggal disebuah rumah,di Swansea,Wales,Britain.Saya di Malaysia sejak lahir hinggalah umur 15 tahun.Selepas itu,saya diterbangkan ke Swansea,Wales,UK.Mengikuti bapak saya yang sambung belajar Phd.

2.Saya ini seorang selamba badak jek.Tiada masalah untuk saya berposing dihadapan lensa kamera hanya jika saya atau mereka yang dikenali sahaja photographernya.Saya mungkin juga boleh jadi nice girl or bad girl.Bergantung pada situasi.Im a future photographer.


3.Saya suka kehidupan seni,maka saya ni pun otaknya sangatlah seni.Anak bapak la jugak.Sesungguhnya,saya sangatlah minat menjadi seorang fashion designer =] AMIN


4.Politik pasti la saya minat gilak.Bukan minat sahaja,namun ianya digalas sebagai satu tanggungjawab sebagai manusia yang bergelar ummat akhir zaman.Nak cari pemimpin yang the best tu memanglah susah macam nak cari kuman je.Im a future politician of Malaysian girl


5.Bilik saya yang kemas menandakan saya kurang rajin.Bilik yang seperti sarang tebuan,menandakan saya sedang busy membuat artwork.

6.Saya memang suka warna yang hot dan berani, yakni merah.Saya suka warna yang feminine,yakni pink.Saya suka warna pelangi sebab itulah dalam artwork saya banyak sangatlah warna pelangi digunakan.

7.Prinsip hidup; tak payah nak ada prinsip yang ekxtrim.Rock selamba badak sahajalah asalkan ada ilmu dan iman.Fentink.Fentink.Demi masa hadapan yang cantik berseri-seri =]


8.Saya tak suka disuruh atau dipaksa.Berinteraksi dengan saya dengan cara yang baik.Sahaja.Saya terima.


9.Saya tidak suka marah.Saya marah bila saya lapar,penat dan badmood.Saya tahu marah dan saya juga tidak tahu untuk marah.Kadangkala.


10. Saya sering menaruh mimpi yang tinggi dan berkali-kali juga saya membawa diri agar jangan begini. Saya sensitif tapi saya seorang yang friendly dan funny.

Selamat datang

Sunday, February 8, 2009


Assalamualaikum.
Selamat datang.Ini blog aku secara personal.
Maka dengan itu blog lebih kepada kehidupan ku.Semua link blogger hanyalah blog mereka yang
Have a great life yo!
Enjoy!
=]