click it for you,me and us!

Secure your user name now!

3 mawar Doraemon dan Jade Goody

Sunday, March 22, 2009

Saya bukan peminat celebriti gila-gila dan saya tidak berminat untuk tahu tentang celebriti.Tapi, sejak akhir-akhir ini, saya selalu terlihat di majalah-majalah tentang Jade Goody yang botak.Dia sudah meninggal hari ini kerana kanser yang dihadapinya.Saya rasa agak kasihan pada anak-anak kecilnya.Pada sambutan Hari Ibu pula itu.

Saya masih ada ibu.Ibu yang cantik dengan apa yang ada.Ibu yang selalu ajar saya menjadi budak baik.Ibu yang mengajar saya tentang agama,budaya,bangsa dan bahasa.Tiada ibu,tiadalah Nur Najihah Muhaimin.

Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1.000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1.000 kejahatan.


Bukan senang nak jadi ibu.Dan bukan senang nak jadi ibu yang terbaik.Tapi, ibu sayalah yang paling sempurna untuk saya.Istimewa ibuku, Wan Noraidah Wan Ismail. 3 kuntum mawar dan sekeping gambar dari kakak,adik dan ayah.

manusia & seni

Thursday, March 12, 2009

1.Saya selalu bermimpi apa yang saya impi.Selalu juga mimpi saya menjadi realiti.Tak pula saya terimpi mimpi saya itu menjadi realiti.Waktu saya di Malaysia dahulu (1991-2006), saya selalu berkata dalam hati, saya mahu lakukan sesuatu yang berbeza dari manusia lain.
Mimpi saya itu dibawa terbang ke bumi Hamlet.Saya mempunyai imaginasi yang tinggi.Kadang-kadang apa yang saya fikirkan sukar untuk "dikeluarkan" dari fikiran.Kepercayaan pada diri saya sendiri mengizinkan saya membawa diri saya kemana saya mahu dan perlu.
Dulu saya takut untuk bertutur dalam bahasa Inggeri.Saya takut orang gelakkan saya.Tapi,sekarang saya bukan begitu.Saya berani untuk mencuba.Kalau salah tiada masalah.Betulkanlah.Saya pun manusialah.

2.Minggu lepas,saya telah mendapat gred tertinggi untuk "Cityscape Photography Course".Saya siapkan semua kerja sekolah.Cuma,saya terlupa thumbnails picture saya dan kurang dekorasi.Kalau tidak mungkin saya dapat lebih baik daripada gred yang saya dapat.Namun begitu,alhamdullilah.Saya kena kerja kuat lagi.

3.Projek Seni Unit 1 saya, adalah berkaitan tentang tanah air saya.Budaya,bangsa,agama dan bahasa.Saya bangga menjadi rakyat Malaysia.Saya tidak mahu fikir tentang gred.Saya mahu menyampaikan mesej saya pada manusia melalui seni yang Tuhan anugerahkan pada saya.
Untuk outcome,saya mereka sepasang baju campuran budaya di Malaysia. Ya. Campuran bangsa kita.Moga-moga, tiada lagi isu perkauman di Malaysia.Inilah baju rekaan saya.Modelnya kawan sekelas saya.Amy Highfield :)Klik di sini untuk melihat gambar.

4.Projek Seni Unit 2 saya, adalah berkaitan "21st century celebration". Saya akan libatkan isu kemanusiaan. Bukan bangunan tinggi yang kononnya melambangkan kemodenan tamadun manusia.Saya mahu manusia buka mata dan hati. Apa guna bangunan setinggi langit, jika kemanusiaan itu serendah-rendahnya? Cikgu Seni saya bimbang saya tidak mampu lakukan ini secara sendirian.Beliau sendiri tidak tahu dan sukar sekali untuk membayangkan projek seni untuk kemanusiaan.Lebih kepada politik.

5.Politik itu seni.Seni itu politik.Doakan saya mampu lakukan yang terbaik.Saya tidak mampu berpisah dari seni.Seni itulah jiwa saya.Seni itulah pembawakan diri saya.Cara saya berpakaian,pertuturan,pemikiran dan semuanya!

6.Saya suka berada di atas pentas.Saya rindu untuk bersajak diatas pentas.Saya suka kalau saya dapat berhibur di atas pentas.Pentas itu seni kehidupan saya.Saya pelajar performing art.Saya sedang dalam penglibatan projek coursework"Bishop Gore Got Talent".Bulan ini sibuk!

7.Cita-cita saya tetap sama.Untuk peringkat sekolah,saya sedang dan telah menjadi seorang guru seni di sekolah Bishop Gore dan sekolah arwah embah saya (Maahad Al Islah).Saya mahu jadi seorang ahli politik,seorang jurugambar,seorang pereka fashion dan juga seorang chef.Saya yakin saya mampu.Berhiburlah dengan seni sebaik-baiknya.Insyallah.

eh eh eh hero-heroin

Wednesday, March 11, 2009

Mungkin hari ini, hati saya bahagia. Saya pun tidak tahu kenapa. Kerana bahagianya saya hari ini, saya mahu berkongsi bahagia itu bersama kalian. Saya telah memilih beberapa blogger pilihan.





http://bicarasamaawan.wordpress.com/- Jiha suka sangat post blog Kiki.Simple, artistik,semangat dan memang besh gila.Jiha banyak belajar dari Kiki dari permulaan blog Jiha dan banyak lagi.Jiha hargai Kiki sebagai kawan maya Jiha.Dan, Jiha suka gambar Pak Samad yang diambil oleh Kiki.
http://amuslimprincess.blogspot.com/ - ini anak perempuan UZAR.Mereka pindah Leicester.Jiha suka bersembang dengan auntie Na.Auntie Na sudah beritahu Jiha, anak perempuannya mahu menulis di blog.Welldone adik Husna! =]

http://ameera-alselehori.blogspot.com/ - ini adik dari Lampeter.Saya suka baby Athirah.Jiha suka blog ini sebab adik ini ada satu karekter sama dengan Kak Jiha, yakni seni photography.Kakak Najihah akan bagi support pada adik-adik yang mahu menulis blog :)

http://imanhannan.blogspot.com/ dan http://cherrycutey.blogspot.com/- ini anak auntie Naha.Jiha yang tolong signed up blog ini untuk diaorang.Nanti Jiha pasti rindukan budak-budak kecil ini.Mereka sudah pulang Malaysia.Huh.Rasa mahu menangis pula.Nanti rindu dengan budak si Adam,Hadif,Nabiha,dan Iman.
http://zuekay.blogspot.com/- ini auntie Zu dari Lampeter.Lama tak jumpa Auntie Zu rasanya.Rasanya mahu lepas rindu pada Auntie Zu.Maka, Jiha pilih blog Auntie Zu. =]
dan juga lagu ini ditujukan untuk kalian =]
enjoy tahu!

im not a super heroin

Monday, March 9, 2009

I'm not a super heroin. I'm easy to cry. But, it does not mean I'm weak. I'm easy to get angry.But it does not mean I'm freak. I'm easy to smile when I'm happy. But it does not mean, my heart never break. I'm easy to be friend with people. But it does not mean, I'm a cheap or fool.

I'm afraid to see the blood. That`s why, I could not be a doctor. I'm afraid to lost my patience. I don`t have any fear to see their broken heart. Even myself.

I`m afraid to see the tears.That`s why, I could not be an army.I'm afraid to shot innocent people.I don`t have any strength to spoil out their life.Even myself.

I'm afraid to see the devil.That`s why, I could not be George Bush, Najib Tun Razak, Ariel Sharon.I`m afraid to lost my name. I don`t have any fear to be a dirty politician.

I would like to have a best friend. Who won`t leave me.Who is always sit next to me.Who just can be the true one.I got my basketball.Who I can play with.Who I can hug.It just a ball. I got a new bull bear.My teddy bear got a new friend.I love both.I love to hug them.But, I could not find my best friend in here.I just don`t know why.I'm just tired..

I would like to be Doraemon. Who can fly.Who can get something from the magic pocket.Who give a warm hug because of the chubbiness. Who can make people happy.Who can make people touch.

I would like to be a chocolate bar.Who can give a sweet flavour for people.Who can make people feel better.

I knew who is my superheroin.She is my ibu.Happy Mother`s Day ibu.

I knew who is my superhero.He is the Prophet Muhammad S.A.W. Happy Maulid Rasul. My Prophet Muhammad,peace be upon to him.

I would like to be a good Muslim girl.But, why is it so hard for me? :(

I knew who is my super super heroin.It just myself.Who can be a good one. Or who can be a nasty one.
Ya Allah.Please forgive me. Im just so weak. Im Your weakness slave. Ya Allah. Show me the truth.I don`t to be a loser.

قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُواْ

حَتَّى يَأْتِيَ اللّهُ بِأَمْرِهِ وَاللّهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

Ertinya : Katakanlah: ""Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya."" Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik" ( At-Tawbat : 24 )

kata hati saya

Sunday, March 1, 2009

  1. 2 minggu lalu, saya dan sahabat-sahabar dari Islamic Society of Swansea University telah menjadi sukarelawan bagi mengumpul derma untuk kanak-kanak Gaza di kota Swansea. Episod ini bermula pada lebih kurang jam 11 pagi-5 petang.Saya yang sudah berpengalaman mengutip derma disekolah untuk Gaza,maka kali ini tidaklah kekok.Yang penting, berani,sabar,ikhlas dan muka senyum.Saya banyakkan senyum,maka dapatlah ramai juga saya tarik orang untuk berderma.Saya menjadi sukarelawan selama 3 jam.Semuanya sukarelawan perempuan.Kecewa juga lelaki sepatutnya bekerjasama sekali.Namun,perempuan-perempuan inilah yang mampu mengoncang dunia bukan? Alhamdullilah kami telah berjaya mengutip sebanyak £360.60 (tak silap) dalam satu hari sahaj.Masyallah.

2.Minggu lepas pula,ada Islamic Awareness Weeek(IAW).Minggu inilah saya cuba sedaya upaya membawa seorang sahabat Mexico saya,Alejandro untuk menjenguk seketika pameran Islam di Swansea University Mosque.Bukan senang nak ajak non-muslim untuk "enjoy" bersama Islam.Banyak juga yang dia tahu tentang Islam.Pada asal kedatangan dia ke UK, dia langsung tidak tahu tentang Islam dan mempunyai pemikiran negatif tentang Islam.Saya cuma mahu dia faham tentang Islam.Saya tidak paksa dia.Mungkin sekarang hati dia tidak terbuka untuk memilih Islam.Namun,saya berdoa moga dia diberikan hidayah.

Di hari terakhir IAW, seorang wanita Welsh telah memeluk Islam.Beliau sangat bersyukur.Ada titisan airmata saat beliau dipeluk setelah mengucap kalimah syahadah.Masyallah.

3.Saya bukan seorang pendakwah.Saya bukan Muslim yang baik akhlaknya.Saya bukan siapa-siapa.Saya manusia.Saya tidak suka pihak yang memuji atau mengkritik saya ,tanpa tapisan.Saya tidak suka mengharap balasan dengan apa yang saya lakukan.

Saya cuma ada doa.Agar saya berdakwah pada diri saya juga.Saya tidak mungkin mampu jadi seorang pendakwah yang mulia.Itu yang saya tahu.

وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا وَأَحْسِن


كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ
الْمُفْسِدِينَ
Ertinya : "Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan" (Al-Qasas :