click it for you,me and us!

Secure your user name now!

Saya kakak Najihah Aka saya cikgu Najihah =)

Thursday, May 28, 2009





Dalam al-Quran, proses ta'lim ini dimulakan sendiri oleh Allah dalam ayat yang bermaksud:

Dan Allah ajarkan kepada Adam (hakikat) segala nama.(Q.2.31)
Kemuliaan Nabi Adam dengan mendapat taklim daripada Allah. Dengan memiliki ilmu menjadikannya sebagai makhluk paling mulia. Allah memerintahkan malaikat sujud memuliakannya, bukan sujud ibadat. Guru sebagai mu'allim, mengajar dan mengembangkan ilmu serta menjayakannya dalam masyarakat - satu usaha suci dan mulia. Dengan itu, kemuliaan kedudukan guru dalam sejarah dan masyarakat Islam terjamin. Sikap memuliakan guru dan ilmu pengetahuan oleh umat Islam mendapat sanjungan tinggi daripada Franz Rosenthal dalam bukunya Knowledge Triumphant. Beliau berpendapat sukar untuk dicari peradaban seperti Islam yang memuliakan ilmu pengetahuan dan guru. Kedudukan mulia diberikan kepada guru, walaupun mereka bukan berstatus ulama.

Saya tahu saya lewat untuk ucapkan Selamat Hari Guru.
Selamat Hari Guru untuk guru-guru saya.Selamat Hari Guru istimewa untuk keluarga saya yang ramainya terdiri sebagai seorang guru.Saya pernah jadi guru di sekolah arwah embah.Rindu pada budak-budak Maahad Al Islah.Kepada adik-adik yang kakak Najihah pernah masuk kelas kamu semua,moga-moga kamu semua jadi budak baik.Kakak rindukan kamu semua =]

Memori ini manis untuk diletak terus dalam hati kakak.

surat cinta saya

Monday, May 4, 2009



Opick-Taubat

Lagu ini benar membuatkan aku berfikir hatiku yang sering sengaja buta dari dosa.Taubat nasuhah masih belum tiba ke destinasi.Dosa yang seringkali dikesali namun diulangtayang semula.Kenapa aku begitu lemah,,Ya Tuhanku.
Di usia kecil,aku bertanya,kenapa manusia tidak ikut sahaja apa yang disuruh dan apa yang dilarang oleh Tuhan?Aku pun tidak tahu dosa dan pahala.Kini,ku ngerti,syaitan itu musuh.Aku tahu dosa dan pahala.Namun,yang benar memusuhiku adalah diriku sendiri.Ada sebenak benci pada diri atas keengkaran demi keengkaran.Aku ingin kembali pada dunia budak.Dunia yang tidak tahu dosa dan pahala kerna usia yang comel.Ampunkanlah aku.Moga aku diberi taubat yang sebenar benar dari hati.Sungguh,Tuhan Maha Pemurah.

retorik mentari bunga

Sunday, May 3, 2009


Semalam,hari panas berlalu.Hadiah Tuhan-Cahaya panas retorik mentari. angin sepoi-sepoi.Bunga tulip mekar hebat.Tuhan Maha Besar.
Aku mahu hari panas.Rindu suhu Malaysia ada lagi di hati.