click it for you,me and us!

Secure your user name now!

I ♥ Lampeter

Wednesday, July 29, 2009

♥ Sudah berzaman rasanya tidak ku jejak kaki ke kampung halaman Lampeter. Last week, tumpang kereta auntie Zu yang baru pulang bercuti dari kota Paris.Uw..beshnye! =)) Terima kasih Uncle and auntie.Disebabkan dah berbulan tak ziarah Lampeter,perjalanan rasa jauh dan pening kepala rasanya.Tapi Jiha suka sangat balik Lampeter.Macam balik rumah embah(nenek) pulak =D


♥ Lampeter itulah nama tempat terletaknya University Of Wales.Universiti ke-2 (tak silap) tertua di Britain. Lampeter sejuk bila masuk musim sejuk dan selalunya salji turun dahulu di Lampeter (dari Swansea). Lampeter memang ramai sangat veteran (orang Welsh). Baik dan peramah orangnya "Hello..how are you? " Itu sapaan mereka walaupun tak kenal.

Kami bermalam di rumah Auntie Arena.Sodap eh makan Nasi Goreng Cina dan
satu masakkan cheese (ntah tak taw la :D) masakkan Auntie Arena.Jiha suka sih telatah si comel Athirah.Dengar cerita hantu Auntie Arena waktu sekolah di Maahad Muhamaadi.Hik~ hik ~



♥ Esok (Ahad), ada barbecue. Enjoy banget dengan semua orang. Jiha sempat lukis sikit potrait.Tapi rasanya potrait yang Jiha lukis ini agak kelako.Potrait ayah la susah sebab rambutnya!


Nak tahu geram sangat ini.Jiha tertinggal camera charger di rumah Auntie Ena!Mingguku berlalu tanpa camera! :((

Sila buka mata & hati kali melihat gambar di hari indah!Iron chefooo Malay Lampeter=D
Semuanya nikmat dari Tuhan!Sama-sama masak,sama-sama makan :)Wanita-wanita cantik Melayu terakhir
Dan pria-pria hebat
Hujan itu rahmat!

Seorang lelaki bernama Muhamaad dan dayang-dayangnya.Ngeh~ ngeh~Inilah copy cat punya Athirah.Salah disisi undang-undang.Lol

Di akhiri- Posed by Dr Asri & the Geng.Cun gila seyh gambarHahaha :P


♥ Kesimpulan barbecue ini bukan sekadar mahu makan dan kenyang sahaja.Yang paling banget pentingnya sillaturahim.Ziarah bukan nak mamam eh.Ziarah mahu merapatkan hubungan kita.Secara personal,Jiha kurang suka cara orang putih bab berkawan.Sekali gaduh,selalu sangat clash macam itu sahaja. Sillaturahim itu tidak wujud dalam dunia masyarakat mereka.Sepertimana yang diajari oleh Islam.


Dan bacalah ini..

Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Ayyub r.a. berkata: "Seorang Badwi menhadang Nabi Muhammad s.a.w. dan memegang kendali untanya lalu berkata: "Ya Rasulullah, beritahukan kepadaku apakah yang dapat mendekatkan aku kesyurga dan menjauhkan diriku dari api neraka?" Jawab Baginda s.a.w.: "menyembah Allah s.w.t. dan tidak mempersekutukan-Nya dengan suatu apa pun dan mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat dan menghubungi kerabat."

So,enjoy your holiday with ukhwah fillah!

Paman Jawaku

Saturday, July 11, 2009


Ini paman Khair.Paman bongsu yang gedik suka sangat main dengan robot.Ini paman yang kira paling rapat dengan Jiha! Dia suka bajet macho.Hehehe.Dia cakap,dia nak kurus.Apa-apa pun,ku doakan paman ini akan gemuk selalu.Paman cakap dia nak tunggu anak2 buah dia yang tersayang kat UK pulang ke Malaysia,barulah dia nak kahwin.Ceh ceh.Aminnnn ^-^
Ini blog paman- http://sglampam.blogspot.com

Ini paman Hisyam.Kira antara paman yang cool sebab dia ini suka photography.Memang kamcheng kamera punya pasal.Hehehe.Waktu jiha pulang ke Malaysia tahun lepas, kamera Olympus hak beliau telah dipinjamkan kepada jiha.Seronok banget pegang kamera SLR itu!Terima kasih pamanku atas peminjaman sementara kamera Olmypus.Semalam hari lahirnya sama dengan hari lahir anaknya,Anas,sepupu Jiha.Selamat hari lahir pamanku

Ini paman Agus Lokman.Paman ini anak kedua selepas ayah.Baru-baru ini, paman Agus baru saja menerima seorang cahaya mata.Putera yang ke 3. Amzar Jehan namanya.Jiha tak tengok lagi wajah sepupu yang terbaru ini.Jiha tumpang gembira sekali sebab abang-abang si Amzar ini dah lama tunggu adik kecil ini.Selamat datang ke dunia adik Amzar! ^-^

Ini paman Fazir.Dia kahwin dengan bibik Jiha, bibik Khamadah @ Madah (adik ayah yang ke-3).Paman Fazir kerja sebagai tukang masak(mr boss la ini) di sekolah menengah agama rakyat Maahad Al Islah (sekolah arwah embah).Office dan clients selalu ada sibuknya.Budak-budak sekolah la! Paman ini jarang nak ambek gambar so Jiha terlupa nak ambek pic dia waktu di Malaysia last year.Gambar(yang pakai baju merah) ni pun, sepupu punya.Hehehe.Paman ini kaki sakat oowh.Sabar je odeng.Jiha paling suka cakap dengan Azah yang kecik si rambut kerinting.Kelakar je! ^*^

Ini paman Shaari.Dia kahwin dengan bibik Khamidah @ Ami (adik ayah yang ke-5). Paman inilah paling selamba je kalau bagi jawapan.Tapi jawapan jujur dan lurus.Kelakar secara tak langsung kalau dengar paman Shaari bagi jawapan atau soalan.Paman ini pun kurang sket ambek gambar.Nasib baik ini ada.Gambar ini pun nampak sisi je.Paman Shaari pun baru je dapat cahaya mata.Insyirah!Dengar cerita Insyirah ini comel banget.Jiha tak tahu lagi wajah si Insyirah ini..adoi..asyik "missed" saja kalau cousin baru lahir.

Ini paman Hanif.Dia kahwin dengan bibik Aini Shakirah @ Aini (adik ayah yangke-6). Jiha kurang kenal paman Hanif ini sebab dia baru kahwin dengan bibik Aini lebih kurang 1 tahun setengah.So..no comment :D

Inilah paman-pamanku.Ada antara mereka bukan Jawa.Paman Fazir dan Paman Hanif.Yang lain semuanya JAWA.heheheh.Hidup JAWA!

^-^

indahnya azan

Sunday, July 5, 2009



"Aisyah r.a. berkata: Suatu malam aku kehilangan Rasulullah s.a.w. dari tempat tidurku, maka terabalah oleh telapak tanganku pada kedua telapak kakinya yang keduanya dalam keadaan berdiri; dan Rasulullah s.a.w. sedang sujud sambil membaca: Allaahumma innii a'udzu biridhaaka, min sakhatika, wa a'uudzu bimu' aafaatika min uquubatika, wa a'uudzu bika minka laa uhshiitsanaa'an 'alaika anta kamaa atsnayta 'alaa nafsika." (HR Muslim dan At Turmuzy).

Yang erti doanya: "Ya Allah, aku berlindung dengan ridhaMu dari murkaMu, berlindung dibawah naunganMu; ringkasnya aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Tiada terhitung puja-pujiku untukMu. Engkau sebagaimana pujianMu atas diriMu sendiri."