click it for you,me and us!

Secure your user name now!

Owh FUIYO

Friday, January 1, 2010

Fuiyo 2009 Closing Video from Muhammad Huzaifah on Vimeo.




Pertemuaan di FUIYO menggamit sejuta hati! Perjalan dari Swansea selama 6 jam tak sia-sia. Kepenatan dari kesesatan bermusafir berakhir selama 4 hari di Telford.
Pertemuaan demi pertemuaan. Bertemu sang comel Solehah & Khalil, dan si cilik 2 dara, Kak Long & Kak ngah, anak auntie Na (isteri UZAR) menjadikan penat itu hilang. UZAR telah menjadi penceramah untuk kami peserta FUIYO.

Sudah lama rasanya tidak Jiha mendengar ceramah dari penceramah Melayu Muslim. Dulu waktu kecil rajinlah pergi ceramah PAS.Sampai digigit nyamuk.Haha.
Tapi ceramah-ceramah yang Jiha hadir sejak kecil lagilah, membuatkan Jiha cuba memahami erti hidup dan politik.

Ada satu sesi ceramah tentang politik by ustaz Mazlee. Agak berat sampai tercelik pejam mata Jiha. Maaf bukan niat mahu tidur, cuma agak keletihan. Lain pula di pihak Tampan, semua macam semangat jek..Solehah semua kepejaman mataan! Tapi sangat menarik ceramah itu!

Hos majlis FUIYO, Jo dan Cha memang gempak habes.Memang ada bakat jadi hos sebab nak jadi hos kena pandai berkomunikasi dan emosi yang menarik!

Video2 yang dipilih pun sangat menyentuh hati dan bermotivasi.
Lagu tema Palestine dimulai dengan kata-kata ucapan oleh Dr. Abdel Aziz al-Rantissi pula di bunuh oleh tentera zionis. Beliau hanya sempat menggantikan Sheikh Ahmad Yassin selama beberapa minggu sahaja. Lulusan doktor dalam bidang paediatrik, beliau sungguh popular dengan kata-kata yang berikut;

It's death whether by killing or by cancer; it's the same thing. Nothing will change if it's an Apache (helicopter) or cardiac arrest. But I prefer to be killed by Apache

Makanan oleh ketua chef( Kak Mahfuzah ) and the gang memang mantap. Nama-nama yang comel - " Telur ayam main salji", "Nasi ayam terangkat" dan macam2. Jiha tak pasti sangat namanya.Tapi memang comel gilew!

Di akhir majlis ada anugerah kepada peserta2. Jiha dapat Special MC award.wee. Thanks! :)

Yang kelakar time nak shooting picture. Jiha ingat dah habis la camera tu shooting rupanya camera tu shooting 5 kali automatic. Tengok la video, Jiha dah siap diri!Malu jek...Hahaha LOL

Panjang lagi cerita di balik FUIYO.Tapi,panjang lagi kerja sekolah yang tak siap2.Kemalasan alahai!!!Geram!

Kalau dah rajin,memang rajin.Kalau dah malas, memang malas gilew!

0 comments: