Last week,15th June 2009, my Mexican best friend,Alejandro died in car crush in Mexico. I was so shocked and upset.For me its hard to believe it because I just met him a couple weeks ago before he went back to Mexico. =,( He was a great friend.I was hoping that we will see again.Someday maybe.. Last Friday,18th June 2009, we had a special assembly for him.I spoke as his good friend.I will remember him as my best friend. Today,I am moving on from sadness.I cried so much.Actually there is no more point to cry.He won`t back.Maybe he watching me from "somewhere". I believe, he don`t like to leave me and his family and friends members with the tears.I really hope that I can be strong.Everyone will die.Death is the nearest thing around us.Death is unexpected.
And they say, “There is not but our worldly life; we die and live (i.e. some people die and others live, replacing them) and nothing destroys us except time.” And they have of that no knowledge; they are only assuming. And when Our verses are recited to them as clear evidences, their argument is only that they say, “Bring [back] our forefathers, if you should be truthful.” Say, “God causes you to live, then causes you to die; then He will assemble you for the Day of Resurrection, about which there is no doubt,” but most of the people do not know.
(Quran, 45:24-26)
Surely God will raise all the dead. But God has His own plan of things. A day will come when the whole universe will be destroyed and then the dead will be resurrected to stand before God. That day will be the beginning of a life that will never end, and on that day every person will be rewarded by God according to his or her good or evil deeds.
Death & Us
Saturday, June 27, 2009Posted by Gadis Reformasi at 12:03 AM 0 comments
Labels: cinta kasih sayang Islam
janganlah menangis sayang
Friday, June 12, 2009a.Rindu pada teman Jepun saya, Shiho, masih ada lagi.Semalam dan hari ini, saya menangis merindui teman-teman (exchange students) kerna mereka semuanya sudah pulang ke tanah air mereka.
b.Shiho,teman yang dah lama saya kenal tapi saya tidak pernah rapat dengannya.Hinggalah minggu-minggu terakhir bersama Shiho,kami menjadi rapat tak semena-mena
Isnin,1 Jun 2009
a.Pada suatu hari, kami pergi ke laut berdekatan rumah.Itu kali ke-2 kami keluar bersama.Hari itu mentari cerah panas sekali.Shiho meminjam jubah hitam saya untuk menutup kepala dan mukanya yang panas dek matahari.Dia sungguh selesa.Bilangnya,saya pasti berasa lebih selesa memakai tudung kerana tidak merasa panas seperti yang dia rasa.
b.Pada petangnya,kami pergi ke masjid.Dia memakai baju gaun putih dan tudung ungu saya.Dia kelihatan cantik sekali.Adik saya terduduk terkejut melihat dia memakai tudung.Dia begitu seronok memakai begitu.Selesa dan dia sendiri terkejut melihat dirinya bertudung.
c.Pada malam itu tanpa dirancang,Shiho tidur dirumah saya.Kami tidur lambat.Bercerita banyak.Kami makan makanan Malaysia.Dia makan sahaja makanan Malaysia.Dia suka makanan Malaysia.Kari!
Jumaat,4 Jun 2009
a.Dia sesat dari bermain.Dia mahu singgah di rumah saya.Dia bermalam lagi dirumah saya kerna kepenatan
b.Kami kemas dan membersihkan backyard.Esoknya la..
b.Kami ke sekolah.Dia memakai tudung merah dan skirt putih saya.Dia suka pakaian saya.Saya membenarkan dia memakai apa sahaja pakaian dari almari saya.
Rabu,10 Jun 2009
a.Kami ajak dia bermalam lagi di rumah kami sebelum dia pulang ke Jepun.Kami ke masjid.Berjumpa dengan Syeikh Mohsein.Saya pernah kenalkan Shiho pada oranng di Masjid ( yg kenal saya je la)
b.Kami bercerita lagi.Ada kisah dan air mata Shiho.Sayalah sahabat yang pertama yang dia luahkan ceritanya.
c.Dia boleh pakai,makan dan minum apa sahaja yang dia mahu.
Khamis,11 Jun 2009
a.Kami berlari-lari ke sekolah.LEWAT tapi masih GELAK2!
b.Diana dan Rina pun mahu pulang.Kami berpelukan dan menangis.
b.Petang itu kami berjumpa di Fulton House,Swansea Uni.Kami berpelukan dan nangis.
Tempoh persahabatan kami begitu singkat.Hanya beberapa minggu sahaja kami menjadi rapat.Dari tawa hinggalah nangis.Dari skirt putih dan tudung ungu milik saya,telah menjadi milik SHiho.Dari Alhamdullilah,Bismillah,Assalamualaikum,Syukran, itulah bahasa yang saya ajarkan pada Shiho. Saya solat pun dia ikut sekali
Jumaat,12 Jun 2009
a.Sebelum ke sekolah,saya called Shiho.Kami merindui sesama sendiri.
b.Saya pulang sekolah,saya teringat baru semalam saya dan SHiho lari2 bersama di jalan yang yang saya lalui.
c.Saya tidur dikatil saya dan masih ingat bau shampoo kegemarannya.Masih lekat di bantal.Saya pun menangis lagi..
Dia sungguh terharu, dan selesa dengan layanan keluarga saya.Hingga sekarang,saya masih rindukan Shiho.Saya dengar lagu "Big Girls Don`t cry" agar saya kuat.Doa saya moga hatinya terbuka untuk masuk Islam.Amin.
Saya sayang Shiho dan Diana dan Rina.Ini hari pertama kami keluar bersama.Hari Lahir saya-21 Mei 1991.
Janganlah menangis sayang-ayat saya pada mereka
Posted by Gadis Reformasi at 4:43 AM 1 comments
Labels: kisah kisahku
Saya kakak Najihah Aka saya cikgu Najihah =)
Thursday, May 28, 2009Dalam al-Quran, proses ta'lim ini dimulakan sendiri oleh Allah dalam ayat yang bermaksud:
Dan Allah ajarkan kepada Adam (hakikat) segala nama.(Q.2.31)Kemuliaan Nabi Adam dengan mendapat taklim daripada Allah. Dengan memiliki ilmu menjadikannya sebagai makhluk paling mulia. Allah memerintahkan malaikat sujud memuliakannya, bukan sujud ibadat. Guru sebagai mu'allim, mengajar dan mengembangkan ilmu serta menjayakannya dalam masyarakat - satu usaha suci dan mulia. Dengan itu, kemuliaan kedudukan guru dalam sejarah dan masyarakat Islam terjamin. Sikap memuliakan guru dan ilmu pengetahuan oleh umat Islam mendapat sanjungan tinggi daripada Franz Rosenthal dalam bukunya Knowledge Triumphant. Beliau berpendapat sukar untuk dicari peradaban seperti Islam yang memuliakan ilmu pengetahuan dan guru. Kedudukan mulia diberikan kepada guru, walaupun mereka bukan berstatus ulama.
Saya tahu saya lewat untuk ucapkan Selamat Hari Guru.
Selamat Hari Guru untuk guru-guru saya.Selamat Hari Guru istimewa untuk keluarga saya yang ramainya terdiri sebagai seorang guru.Saya pernah jadi guru di sekolah arwah embah.Rindu pada budak-budak Maahad Al Islah.Kepada adik-adik yang kakak Najihah pernah masuk kelas kamu semua,moga-moga kamu semua jadi budak baik.Kakak rindukan kamu semua =]
Memori ini manis untuk diletak terus dalam hati kakak.
Posted by Gadis Reformasi at 12:41 PM 0 comments
Labels: Doraemon`s heart
surat cinta saya
Monday, May 4, 2009
Opick-Taubat
Di usia kecil,aku bertanya,kenapa manusia tidak ikut sahaja apa yang disuruh dan apa yang dilarang oleh Tuhan?Aku pun tidak tahu dosa dan pahala.Kini,ku ngerti,syaitan itu musuh.Aku tahu dosa dan pahala.Namun,yang benar memusuhiku adalah diriku sendiri.Ada sebenak benci pada diri atas keengkaran demi keengkaran.Aku ingin kembali pada dunia budak.Dunia yang tidak tahu dosa dan pahala kerna usia yang comel.Ampunkanlah aku.Moga aku diberi taubat yang sebenar benar dari hati.Sungguh,Tuhan Maha Pemurah.
Posted by Gadis Reformasi at 7:09 AM 0 comments
Labels: cinta kasih sayang Islam
retorik mentari bunga
Sunday, May 3, 2009Aku mahu hari panas.Rindu suhu Malaysia ada lagi di hati.
Posted by Gadis Reformasi at 3:45 AM 0 comments
Labels: chocolate
3 mawar Doraemon dan Jade Goody
Sunday, March 22, 2009Saya bukan peminat celebriti gila-gila dan saya tidak berminat untuk tahu tentang celebriti.Tapi, sejak akhir-akhir ini, saya selalu terlihat di majalah-majalah tentang Jade Goody yang botak.Dia sudah meninggal hari ini kerana kanser yang dihadapinya.Saya rasa agak kasihan pada anak-anak kecilnya.Pada sambutan Hari Ibu pula itu.
Saya masih ada ibu.Ibu yang cantik dengan apa yang ada.Ibu yang selalu ajar saya menjadi budak baik.Ibu yang mengajar saya tentang agama,budaya,bangsa dan bahasa.Tiada ibu,tiadalah Nur Najihah Muhaimin.
Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1.000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1.000 kejahatan.
Bukan senang nak jadi ibu.Dan bukan senang nak jadi ibu yang terbaik.Tapi, ibu sayalah yang paling sempurna untuk saya.Istimewa ibuku, Wan Noraidah Wan Ismail. 3 kuntum mawar dan sekeping gambar dari kakak,adik dan ayah.
Posted by Gadis Reformasi at 2:32 PM 3 comments
Labels: keluarga cinta sayang
manusia & seni
Thursday, March 12, 20091.Saya selalu bermimpi apa yang saya impi.Selalu juga mimpi saya menjadi realiti.Tak pula saya terimpi mimpi saya itu menjadi realiti.Waktu saya di Malaysia dahulu (1991-2006), saya selalu berkata dalam hati, saya mahu lakukan sesuatu yang berbeza dari manusia lain.
Mimpi saya itu dibawa terbang ke bumi Hamlet.Saya mempunyai imaginasi yang tinggi.Kadang-kadang apa yang saya fikirkan sukar untuk "dikeluarkan" dari fikiran.Kepercayaan pada diri saya sendiri mengizinkan saya membawa diri saya kemana saya mahu dan perlu.
Dulu saya takut untuk bertutur dalam bahasa Inggeri.Saya takut orang gelakkan saya.Tapi,sekarang saya bukan begitu.Saya berani untuk mencuba.Kalau salah tiada masalah.Betulkanlah.Saya pun manusialah.
2.Minggu lepas,saya telah mendapat gred tertinggi untuk "Cityscape Photography Course".Saya siapkan semua kerja sekolah.Cuma,saya terlupa thumbnails picture saya dan kurang dekorasi.Kalau tidak mungkin saya dapat lebih baik daripada gred yang saya dapat.Namun begitu,alhamdullilah.Saya kena kerja kuat lagi.
3.Projek Seni Unit 1 saya, adalah berkaitan tentang tanah air saya.Budaya,bangsa,agama dan bahasa.Saya bangga menjadi rakyat Malaysia.Saya tidak mahu fikir tentang gred.Saya mahu menyampaikan mesej saya pada manusia melalui seni yang Tuhan anugerahkan pada saya.
Untuk outcome,saya mereka sepasang baju campuran budaya di Malaysia. Ya. Campuran bangsa kita.Moga-moga, tiada lagi isu perkauman di Malaysia.Inilah baju rekaan saya.Modelnya kawan sekelas saya.Amy Highfield :)Klik di sini untuk melihat gambar.
4.Projek Seni Unit 2 saya, adalah berkaitan "21st century celebration". Saya akan libatkan isu kemanusiaan. Bukan bangunan tinggi yang kononnya melambangkan kemodenan tamadun manusia.Saya mahu manusia buka mata dan hati. Apa guna bangunan setinggi langit, jika kemanusiaan itu serendah-rendahnya? Cikgu Seni saya bimbang saya tidak mampu lakukan ini secara sendirian.Beliau sendiri tidak tahu dan sukar sekali untuk membayangkan projek seni untuk kemanusiaan.Lebih kepada politik.
5.Politik itu seni.Seni itu politik.Doakan saya mampu lakukan yang terbaik.Saya tidak mampu berpisah dari seni.Seni itulah jiwa saya.Seni itulah pembawakan diri saya.Cara saya berpakaian,pertuturan,pemikiran dan semuanya!
6.Saya suka berada di atas pentas.Saya rindu untuk bersajak diatas pentas.Saya suka kalau saya dapat berhibur di atas pentas.Pentas itu seni kehidupan saya.Saya pelajar performing art.Saya sedang dalam penglibatan projek coursework"Bishop Gore Got Talent".Bulan ini sibuk!
7.Cita-cita saya tetap sama.Untuk peringkat sekolah,saya sedang dan telah menjadi seorang guru seni di sekolah Bishop Gore dan sekolah arwah embah saya (Maahad Al Islah).Saya mahu jadi seorang ahli politik,seorang jurugambar,seorang pereka fashion dan juga seorang chef.Saya yakin saya mampu.Berhiburlah dengan seni sebaik-baiknya.Insyallah.
Posted by Gadis Reformasi at 1:09 PM 0 comments
Labels: seni
