click it for you,me and us!

Secure your user name now!

janganlah menangis sayang

Friday, June 12, 2009

a.Rindu pada teman Jepun saya, Shiho, masih ada lagi.Semalam dan hari ini, saya menangis merindui teman-teman (exchange students) kerna mereka semuanya sudah pulang ke tanah air mereka.

b.Shiho,teman yang dah lama saya kenal tapi saya tidak pernah rapat dengannya.Hinggalah minggu-minggu terakhir bersama Shiho,kami menjadi rapat tak semena-mena


Isnin,1 Jun 2009

a.Pada suatu hari, kami pergi ke laut berdekatan rumah.Itu kali ke-2 kami keluar bersama.Hari itu mentari cerah panas sekali.Shiho meminjam jubah hitam saya untuk menutup kepala dan mukanya yang panas dek matahari.Dia sungguh selesa.Bilangnya,saya pasti berasa lebih selesa memakai tudung kerana tidak merasa panas seperti yang dia rasa.

b.Pada petangnya,kami pergi ke masjid.Dia memakai baju gaun putih dan tudung ungu saya.Dia kelihatan cantik sekali.Adik saya terduduk terkejut melihat dia memakai tudung.Dia begitu seronok memakai begitu.Selesa dan dia sendiri terkejut melihat dirinya bertudung.

c.Pada malam itu tanpa dirancang,Shiho tidur dirumah saya.Kami tidur lambat.Bercerita banyak.Kami makan makanan Malaysia.Dia makan sahaja makanan Malaysia.Dia suka makanan Malaysia.Kari!

Jumaat,4 Jun 2009

a.Dia sesat dari bermain.Dia mahu singgah di rumah saya.Dia bermalam lagi dirumah saya kerna kepenatan
b.Kami kemas dan membersihkan backyard.Esoknya la..
b.Kami ke sekolah.Dia memakai tudung merah dan skirt putih saya.Dia suka pakaian saya.Saya membenarkan dia memakai apa sahaja pakaian dari almari saya.

Rabu,10 Jun 2009

a.Kami ajak dia bermalam lagi di rumah kami sebelum dia pulang ke Jepun.Kami ke masjid.Berjumpa dengan Syeikh Mohsein.Saya pernah kenalkan Shiho pada oranng di Masjid ( yg kenal saya je la)
b.Kami bercerita lagi.Ada kisah dan air mata Shiho.Sayalah sahabat yang pertama yang dia luahkan ceritanya.
c.Dia boleh pakai,makan dan minum apa sahaja yang dia mahu.

Khamis,11 Jun 2009

a.Kami berlari-lari ke sekolah.LEWAT tapi masih GELAK2!
b.Diana dan Rina pun mahu pulang.Kami berpelukan dan menangis.
b.Petang itu kami berjumpa di Fulton House,Swansea Uni.Kami berpelukan dan nangis.

Tempoh persahabatan kami begitu singkat.Hanya beberapa minggu sahaja kami menjadi rapat.Dari tawa hinggalah nangis.Dari skirt putih dan tudung ungu milik saya,telah menjadi milik SHiho.Dari Alhamdullilah,Bismillah,Assalamualaikum,Syukran, itulah bahasa yang saya ajarkan pada Shiho. Saya solat pun dia ikut sekali

Jumaat,12 Jun 2009

a.Sebelum ke sekolah,saya called Shiho.Kami merindui sesama sendiri.
b.Saya pulang sekolah,saya teringat baru semalam saya dan SHiho lari2 bersama di jalan yang yang saya lalui.
c.Saya tidur dikatil saya dan masih ingat bau shampoo kegemarannya.Masih lekat di bantal.Saya pun menangis lagi..


Dia sungguh terharu, dan selesa dengan layanan keluarga saya.Hingga sekarang,saya masih rindukan Shiho.Saya dengar lagu "Big Girls Don`t cry" agar saya kuat.Doa saya moga hatinya terbuka untuk masuk Islam.Amin.
Saya sayang Shiho dan Diana dan Rina.Ini hari pertama kami keluar bersama.Hari Lahir saya-21 Mei 1991.

Janganlah menangis sayang-ayat saya pada mereka

1 comments:

outlet sale said...

amin kak..
trus kan usahe akk..
aizat sanjung sngt..
happy belated birthday!