click it for you,me and us!

Secure your user name now!

Lelaki kesayangan saya

Tuesday, February 17, 2009

1. Saya lahir dalam sebuah keluarga jawa disebelah ayah.Tapi saya tidaklah tahu untuk bertutur dalam bahasa Jawa.Faham sedikit sahaja kerana ayah tidak bertutur bahasa Jawa dirumah kami.Maka,saya tidaklah tahu sangat.Saya juga dilahirkan dalam sebuah keluarga Pattani-Arab disebelah ibu.Atuk ki berasal dari Pattani.Tuk perempuan pula keturunan Arab.Atuk ki pernah ajar saya bahasa Pattani.Saya pula main-main sahaja.Ish.Ish.

2.Saya rindukan arwah embah lanang dan atuk ki.Mereka lelaki-lelaki kesayangan saya.Mereka jauh sekali.Berjuta batu.Sayang dan rindu saya tak pernah hilang.Saya suka bergurau dengan tuk ki dan arwah embah.Saya cuba layan mereka sebaik mungkin.

3.Bila saya pulang ke Kelantan, tuk ki suka ajar saya memasak.Waktu dia muda dahulu,dia seorang chef di restoran pak ciknya.Maka masakkan tuk Ki memang sedap.Masakkan Thailand.Saya suka kenakan tuk ki dan tuk perempuan.Kesian sahaja selalu kena buli dengan cucu.Hahah.Atuk ki mahu saya belajar di pondok.Belajar agama.Saya mahu sahaja.Agar saya jadi baik dan solehah.Tapi,saya tidak tahu bila.Rindu la kat atuk ki saya yang comel.Saya kurang tinggi mungkin kerana keturunan Tuk Ki.Tuk Ki comel sahaja.

4.Waktu saya pulang ke Malaysia,pada Julai lalu,barulah saya sedari,saya tidak rapat dengan arwah embah.Waktu kecil-kecil dahulu,saya agak takut dengan arwah embah lanang.Lagi-lagi,kalau terlambat bangun Subuh.Tapi,bila sudah berjauhan selama 2 tahun,kami mulai rapat.Embah lanang selalu mengadu rindu dan mahu kami pulang menziarahinya.Bila saya pulang,saya baru merasai tanggungjawab saya sebagai cucu arwah embah lanang.Baru saya faham.

5.Dua lelaki tua ini,adalah atuk dan embah saya.Embah lanang sudah tiada,tapi beliau sentiasa di hati saya.3 hari sebelum beliau pergi,saya dan paman jaga diwaktu malam.Embah tiba-tiba melambai tangan.Muka embah senyum.Embah bercerita tentang mimpinya yang bahagia.Ya ALLAH.Rindu dengan arwah embah.Gigi putih embah.Jubah putih embah.Kopiah putih.

6.Atuk ki,kakak selalu sayangkan atuk.Embah,kakak selalu rindu embah.

7.Saya cuma mahukan kebahagiaan semua manusia.Saya sayang keluarga saya.

0 comments: