click it for you,me and us!

Secure your user name now!

kata hati saya

Sunday, March 1, 2009

  1. 2 minggu lalu, saya dan sahabat-sahabar dari Islamic Society of Swansea University telah menjadi sukarelawan bagi mengumpul derma untuk kanak-kanak Gaza di kota Swansea. Episod ini bermula pada lebih kurang jam 11 pagi-5 petang.Saya yang sudah berpengalaman mengutip derma disekolah untuk Gaza,maka kali ini tidaklah kekok.Yang penting, berani,sabar,ikhlas dan muka senyum.Saya banyakkan senyum,maka dapatlah ramai juga saya tarik orang untuk berderma.Saya menjadi sukarelawan selama 3 jam.Semuanya sukarelawan perempuan.Kecewa juga lelaki sepatutnya bekerjasama sekali.Namun,perempuan-perempuan inilah yang mampu mengoncang dunia bukan? Alhamdullilah kami telah berjaya mengutip sebanyak £360.60 (tak silap) dalam satu hari sahaj.Masyallah.

2.Minggu lepas pula,ada Islamic Awareness Weeek(IAW).Minggu inilah saya cuba sedaya upaya membawa seorang sahabat Mexico saya,Alejandro untuk menjenguk seketika pameran Islam di Swansea University Mosque.Bukan senang nak ajak non-muslim untuk "enjoy" bersama Islam.Banyak juga yang dia tahu tentang Islam.Pada asal kedatangan dia ke UK, dia langsung tidak tahu tentang Islam dan mempunyai pemikiran negatif tentang Islam.Saya cuma mahu dia faham tentang Islam.Saya tidak paksa dia.Mungkin sekarang hati dia tidak terbuka untuk memilih Islam.Namun,saya berdoa moga dia diberikan hidayah.

Di hari terakhir IAW, seorang wanita Welsh telah memeluk Islam.Beliau sangat bersyukur.Ada titisan airmata saat beliau dipeluk setelah mengucap kalimah syahadah.Masyallah.

3.Saya bukan seorang pendakwah.Saya bukan Muslim yang baik akhlaknya.Saya bukan siapa-siapa.Saya manusia.Saya tidak suka pihak yang memuji atau mengkritik saya ,tanpa tapisan.Saya tidak suka mengharap balasan dengan apa yang saya lakukan.

Saya cuma ada doa.Agar saya berdakwah pada diri saya juga.Saya tidak mungkin mampu jadi seorang pendakwah yang mulia.Itu yang saya tahu.

وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا وَأَحْسِن


كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ
الْمُفْسِدِينَ
Ertinya : "Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan" (Al-Qasas :