click it for you,me and us!

Secure your user name now!

manusia & seni

Thursday, March 12, 2009

1.Saya selalu bermimpi apa yang saya impi.Selalu juga mimpi saya menjadi realiti.Tak pula saya terimpi mimpi saya itu menjadi realiti.Waktu saya di Malaysia dahulu (1991-2006), saya selalu berkata dalam hati, saya mahu lakukan sesuatu yang berbeza dari manusia lain.
Mimpi saya itu dibawa terbang ke bumi Hamlet.Saya mempunyai imaginasi yang tinggi.Kadang-kadang apa yang saya fikirkan sukar untuk "dikeluarkan" dari fikiran.Kepercayaan pada diri saya sendiri mengizinkan saya membawa diri saya kemana saya mahu dan perlu.
Dulu saya takut untuk bertutur dalam bahasa Inggeri.Saya takut orang gelakkan saya.Tapi,sekarang saya bukan begitu.Saya berani untuk mencuba.Kalau salah tiada masalah.Betulkanlah.Saya pun manusialah.

2.Minggu lepas,saya telah mendapat gred tertinggi untuk "Cityscape Photography Course".Saya siapkan semua kerja sekolah.Cuma,saya terlupa thumbnails picture saya dan kurang dekorasi.Kalau tidak mungkin saya dapat lebih baik daripada gred yang saya dapat.Namun begitu,alhamdullilah.Saya kena kerja kuat lagi.

3.Projek Seni Unit 1 saya, adalah berkaitan tentang tanah air saya.Budaya,bangsa,agama dan bahasa.Saya bangga menjadi rakyat Malaysia.Saya tidak mahu fikir tentang gred.Saya mahu menyampaikan mesej saya pada manusia melalui seni yang Tuhan anugerahkan pada saya.
Untuk outcome,saya mereka sepasang baju campuran budaya di Malaysia. Ya. Campuran bangsa kita.Moga-moga, tiada lagi isu perkauman di Malaysia.Inilah baju rekaan saya.Modelnya kawan sekelas saya.Amy Highfield :)Klik di sini untuk melihat gambar.

4.Projek Seni Unit 2 saya, adalah berkaitan "21st century celebration". Saya akan libatkan isu kemanusiaan. Bukan bangunan tinggi yang kononnya melambangkan kemodenan tamadun manusia.Saya mahu manusia buka mata dan hati. Apa guna bangunan setinggi langit, jika kemanusiaan itu serendah-rendahnya? Cikgu Seni saya bimbang saya tidak mampu lakukan ini secara sendirian.Beliau sendiri tidak tahu dan sukar sekali untuk membayangkan projek seni untuk kemanusiaan.Lebih kepada politik.

5.Politik itu seni.Seni itu politik.Doakan saya mampu lakukan yang terbaik.Saya tidak mampu berpisah dari seni.Seni itulah jiwa saya.Seni itulah pembawakan diri saya.Cara saya berpakaian,pertuturan,pemikiran dan semuanya!

6.Saya suka berada di atas pentas.Saya rindu untuk bersajak diatas pentas.Saya suka kalau saya dapat berhibur di atas pentas.Pentas itu seni kehidupan saya.Saya pelajar performing art.Saya sedang dalam penglibatan projek coursework"Bishop Gore Got Talent".Bulan ini sibuk!

7.Cita-cita saya tetap sama.Untuk peringkat sekolah,saya sedang dan telah menjadi seorang guru seni di sekolah Bishop Gore dan sekolah arwah embah saya (Maahad Al Islah).Saya mahu jadi seorang ahli politik,seorang jurugambar,seorang pereka fashion dan juga seorang chef.Saya yakin saya mampu.Berhiburlah dengan seni sebaik-baiknya.Insyallah.

0 comments: