Ibuku sayang
Selamat hari lahir
Moga malam dan siangmu
Dihimpun cinta-cinta
Maaf ibuku
Kerna lewat menghantar kata indah sayangku padamu
saya nak terbang macam Doraemon :) |
||||
For my beautiful ibuSaturday, November 21, 2009Maka tiadalah kakak, jika tiada ibu yang melahirkan =)
Ibuku sayang Selamat hari lahir Moga malam dan siangmu Dihimpun cinta-cinta Maaf ibuku Kerna lewat menghantar kata indah sayangku padamu Posted by Gadis Reformasi at 3:20 PM 0 comments Labels: keluarga cinta sayang Dan Adindaku NabilahThursday, October 29, 2009Adindaku Nabilah umurnya 17 tahun sudah :)
Posted by Gadis Reformasi at 9:28 AM 0 comments Labels: keluarga cinta sayang ini homework so tak payah baca eh xDTuesday, October 13, 2009Introduction. Posted by Gadis Reformasi at 12:25 AM 0 comments
I ♥ LampeterWednesday, July 29, 2009♥ Sudah berzaman rasanya tidak ku jejak kaki ke kampung halaman Lampeter. Last week, tumpang kereta auntie Zu yang baru pulang bercuti dari kota Paris.Uw..beshnye! =)) Terima kasih Uncle and auntie.Disebabkan dah berbulan tak ziarah Lampeter,perjalanan rasa jauh dan pening kepala rasanya.Tapi Jiha suka sangat balik Lampeter.Macam balik rumah embah(nenek) pulak =D ♥ Lampeter itulah nama tempat terletaknya University Of Wales.Universiti ke-2 (tak silap) tertua di Britain. Lampeter sejuk bila masuk musim sejuk dan selalunya salji turun dahulu di Lampeter (dari Swansea). Lampeter memang ramai sangat veteran (orang Welsh). Baik dan peramah orangnya "Hello..how are you? " Itu sapaan mereka walaupun tak kenal. Kami bermalam di rumah Auntie Arena.Sodap eh makan Nasi Goreng Cina dan satu masakkan cheese (ntah tak taw la :D) masakkan Auntie Arena.Jiha suka sih telatah si comel Athirah.Dengar cerita hantu Auntie Arena waktu sekolah di Maahad Muhamaadi.Hik~ hik ~ ♥ Esok (Ahad), ada barbecue. Enjoy banget dengan semua orang. Jiha sempat lukis sikit potrait.Tapi rasanya potrait yang Jiha lukis ini agak kelako.Potrait ayah la susah sebab rambutnya! Nak tahu geram sangat ini.Jiha tertinggal camera charger di rumah Auntie Ena!Mingguku berlalu tanpa camera! :(( Semuanya nikmat dari Tuhan!Sama-sama masak,sama-sama makan :)Wanita-wanita cantik Melayu terakhir Dan pria-pria hebat Hujan itu rahmat! Seorang lelaki bernama Muhamaad dan dayang-dayangnya.Ngeh~ ngeh~Inilah copy cat punya Athirah.Salah disisi undang-undang.Lol Di akhiri- Posed by Dr Asri & the Geng.Cun gila seyh gambarHahaha :P ♥ Kesimpulan barbecue ini bukan sekadar mahu makan dan kenyang sahaja.Yang paling banget pentingnya sillaturahim.Ziarah bukan nak mamam eh.Ziarah mahu merapatkan hubungan kita.Secara personal,Jiha kurang suka cara orang putih bab berkawan.Sekali gaduh,selalu sangat clash macam itu sahaja. Sillaturahim itu tidak wujud dalam dunia masyarakat mereka.Sepertimana yang diajari oleh Islam. Dan bacalah ini.. Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Ayyub r.a. berkata: "Seorang Badwi menhadang Nabi Muhammad s.a.w. dan memegang kendali untanya lalu berkata: "Ya Rasulullah, beritahukan kepadaku apakah yang dapat mendekatkan aku kesyurga dan menjauhkan diriku dari api neraka?" Jawab Baginda s.a.w.: "menyembah Allah s.w.t. dan tidak mempersekutukan-Nya dengan suatu apa pun dan mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat dan menghubungi kerabat."
So,enjoy your holiday with ukhwah fillah! Posted by Gadis Reformasi at 10:34 AM 0 comments Labels: Doraemon`s heart, kisah kisahku Paman JawakuSaturday, July 11, 2009
Posted by Gadis Reformasi at 12:39 AM 0 comments Labels: keluarga cinta sayang indahnya azanSunday, July 5, 2009"Aisyah r.a. berkata: Suatu malam aku kehilangan Rasulullah s.a.w. dari tempat tidurku, maka terabalah oleh telapak tanganku pada kedua telapak kakinya yang keduanya dalam keadaan berdiri; dan Rasulullah s.a.w. sedang sujud sambil membaca: Allaahumma innii a'udzu biridhaaka, min sakhatika, wa a'uudzu bimu' aafaatika min uquubatika, wa a'uudzu bika minka laa uhshiitsanaa'an 'alaika anta kamaa atsnayta 'alaa nafsika." (HR Muslim dan At Turmuzy). Yang erti doanya: "Ya Allah, aku berlindung dengan ridhaMu dari murkaMu, berlindung dibawah naunganMu; ringkasnya aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Tiada terhitung puja-pujiku untukMu. Engkau sebagaimana pujianMu atas diriMu sendiri." Posted by Gadis Reformasi at 1:36 PM 0 comments Death & UsSaturday, June 27, 2009Last week,15th June 2009, my Mexican best friend,Alejandro died in car crush in Mexico. I was so shocked and upset.For me its hard to believe it because I just met him a couple weeks ago before he went back to Mexico. =,( He was a great friend.I was hoping that we will see again.Someday maybe.. Last Friday,18th June 2009, we had a special assembly for him.I spoke as his good friend.I will remember him as my best friend. Today,I am moving on from sadness.I cried so much.Actually there is no more point to cry.He won`t back.Maybe he watching me from "somewhere". I believe, he don`t like to leave me and his family and friends members with the tears.I really hope that I can be strong.Everyone will die.Death is the nearest thing around us.Death is unexpected. Posted by Gadis Reformasi at 12:03 AM 0 comments Labels: cinta kasih sayang Islam janganlah menangis sayangFriday, June 12, 2009a.Rindu pada teman Jepun saya, Shiho, masih ada lagi.Semalam dan hari ini, saya menangis merindui teman-teman (exchange students) kerna mereka semuanya sudah pulang ke tanah air mereka. Posted by Gadis Reformasi at 4:43 AM 1 comments Labels: kisah kisahku Saya kakak Najihah Aka saya cikgu Najihah =)Thursday, May 28, 2009
Dan Allah ajarkan kepada Adam (hakikat) segala nama.(Q.2.31)Kemuliaan Nabi Adam dengan mendapat taklim daripada Allah. Dengan memiliki ilmu menjadikannya sebagai makhluk paling mulia. Allah memerintahkan malaikat sujud memuliakannya, bukan sujud ibadat. Guru sebagai mu'allim, mengajar dan mengembangkan ilmu serta menjayakannya dalam masyarakat - satu usaha suci dan mulia. Dengan itu, kemuliaan kedudukan guru dalam sejarah dan masyarakat Islam terjamin. Sikap memuliakan guru dan ilmu pengetahuan oleh umat Islam mendapat sanjungan tinggi daripada Franz Rosenthal dalam bukunya Knowledge Triumphant. Beliau berpendapat sukar untuk dicari peradaban seperti Islam yang memuliakan ilmu pengetahuan dan guru. Kedudukan mulia diberikan kepada guru, walaupun mereka bukan berstatus ulama. Saya tahu saya lewat untuk ucapkan Selamat Hari Guru. Selamat Hari Guru untuk guru-guru saya.Selamat Hari Guru istimewa untuk keluarga saya yang ramainya terdiri sebagai seorang guru.Saya pernah jadi guru di sekolah arwah embah.Rindu pada budak-budak Maahad Al Islah.Kepada adik-adik yang kakak Najihah pernah masuk kelas kamu semua,moga-moga kamu semua jadi budak baik.Kakak rindukan kamu semua =] Memori ini manis untuk diletak terus dalam hati kakak. Posted by Gadis Reformasi at 12:41 PM 0 comments Labels: Doraemon`s heart surat cinta sayaMonday, May 4, 2009
Lagu ini benar membuatkan aku berfikir hatiku yang sering sengaja buta dari dosa.Taubat nasuhah masih belum tiba ke destinasi.Dosa yang seringkali dikesali namun diulangtayang semula.Kenapa aku begitu lemah,,Ya Tuhanku.
Di usia kecil,aku bertanya,kenapa manusia tidak ikut sahaja apa yang disuruh dan apa yang dilarang oleh Tuhan?Aku pun tidak tahu dosa dan pahala.Kini,ku ngerti,syaitan itu musuh.Aku tahu dosa dan pahala.Namun,yang benar memusuhiku adalah diriku sendiri.Ada sebenak benci pada diri atas keengkaran demi keengkaran.Aku ingin kembali pada dunia budak.Dunia yang tidak tahu dosa dan pahala kerna usia yang comel.Ampunkanlah aku.Moga aku diberi taubat yang sebenar benar dari hati.Sungguh,Tuhan Maha Pemurah. Posted by Gadis Reformasi at 7:09 AM 0 comments Labels: cinta kasih sayang Islam retorik mentari bungaSunday, May 3, 2009Semalam,hari panas berlalu.Hadiah Tuhan-Cahaya panas retorik mentari. angin sepoi-sepoi.Bunga tulip mekar hebat.Tuhan Maha Besar.
Aku mahu hari panas.Rindu suhu Malaysia ada lagi di hati. Posted by Gadis Reformasi at 3:45 AM 0 comments Labels: chocolate 3 mawar Doraemon dan Jade GoodySunday, March 22, 2009Saya bukan peminat celebriti gila-gila dan saya tidak berminat untuk tahu tentang celebriti.Tapi, sejak akhir-akhir ini, saya selalu terlihat di majalah-majalah tentang Jade Goody yang botak.Dia sudah meninggal hari ini kerana kanser yang dihadapinya.Saya rasa agak kasihan pada anak-anak kecilnya.Pada sambutan Hari Ibu pula itu. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1.000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1.000 kejahatan. Bukan senang nak jadi ibu.Dan bukan senang nak jadi ibu yang terbaik.Tapi, ibu sayalah yang paling sempurna untuk saya.Istimewa ibuku, Wan Noraidah Wan Ismail. 3 kuntum mawar dan sekeping gambar dari kakak,adik dan ayah. Posted by Gadis Reformasi at 2:32 PM 3 comments Labels: keluarga cinta sayang manusia & seniThursday, March 12, 20091.Saya selalu bermimpi apa yang saya impi.Selalu juga mimpi saya menjadi realiti.Tak pula saya terimpi mimpi saya itu menjadi realiti.Waktu saya di Malaysia dahulu (1991-2006), saya selalu berkata dalam hati, saya mahu lakukan sesuatu yang berbeza dari manusia lain. Posted by Gadis Reformasi at 1:09 PM 0 comments Labels: seni eh eh eh hero-heroinWednesday, March 11, 2009Mungkin hari ini, hati saya bahagia. Saya pun tidak tahu kenapa. Kerana bahagianya saya hari ini, saya mahu berkongsi bahagia itu bersama kalian. Saya telah memilih beberapa blogger pilihan.
http://bicarasamaawan.wordpress.com/- Jiha suka sangat post blog Kiki.Simple, artistik,semangat dan memang besh gila.Jiha banyak belajar dari Kiki dari permulaan blog Jiha dan banyak lagi.Jiha hargai Kiki sebagai kawan maya Jiha.Dan, Jiha suka gambar Pak Samad yang diambil oleh Kiki. http://ameera-alselehori.blogspot.com/ - ini adik dari Lampeter.Saya suka baby Athirah.Jiha suka blog ini sebab adik ini ada satu karekter sama dengan Kak Jiha, yakni seni photography.Kakak Najihah akan bagi support pada adik-adik yang mahu menulis blog :) http://imanhannan.blogspot.com/ dan http://cherrycutey.blogspot.com/- ini anak auntie Naha.Jiha yang tolong signed up blog ini untuk diaorang.Nanti Jiha pasti rindukan budak-budak kecil ini.Mereka sudah pulang Malaysia.Huh.Rasa mahu menangis pula.Nanti rindu dengan budak si Adam,Hadif,Nabiha,dan Iman. http://zuekay.blogspot.com/- ini auntie Zu dari Lampeter.Lama tak jumpa Auntie Zu rasanya.Rasanya mahu lepas rindu pada Auntie Zu.Maka, Jiha pilih blog Auntie Zu. =] dan juga lagu ini ditujukan untuk kalian =] enjoy tahu! Posted by Gadis Reformasi at 6:37 AM 1 comments Labels: Doraemon`s heart im not a super heroinMonday, March 9, 2009I'm not a super heroin. I'm easy to cry. But, it does not mean I'm weak. I'm easy to get angry.But it does not mean I'm freak. I'm easy to smile when I'm happy. But it does not mean, my heart never break. I'm easy to be friend with people. But it does not mean, I'm a cheap or fool.
قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّى يَأْتِيَ اللّهُ بِأَمْرِهِ وَاللّهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
Ertinya : Katakanlah: ""Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya."" Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik" ( At-Tawbat : 24 )
Posted by Gadis Reformasi at 9:42 AM 1 comments Labels: Doraemon`s heart kata hati sayaSunday, March 1, 2009
2.Minggu lepas pula,ada Islamic Awareness Weeek(IAW).Minggu inilah saya cuba sedaya upaya membawa seorang sahabat Mexico saya,Alejandro untuk menjenguk seketika pameran Islam di Swansea University Mosque.Bukan senang nak ajak non-muslim untuk "enjoy" bersama Islam.Banyak juga yang dia tahu tentang Islam.Pada asal kedatangan dia ke UK, dia langsung tidak tahu tentang Islam dan mempunyai pemikiran negatif tentang Islam.Saya cuma mahu dia faham tentang Islam.Saya tidak paksa dia.Mungkin sekarang hati dia tidak terbuka untuk memilih Islam.Namun,saya berdoa moga dia diberikan hidayah. Di hari terakhir IAW, seorang wanita Welsh telah memeluk Islam.Beliau sangat bersyukur.Ada titisan airmata saat beliau dipeluk setelah mengucap kalimah syahadah.Masyallah. 3.Saya bukan seorang pendakwah.Saya bukan Muslim yang baik akhlaknya.Saya bukan siapa-siapa.Saya manusia.Saya tidak suka pihak yang memuji atau mengkritik saya ,tanpa tapisan.Saya tidak suka mengharap balasan dengan apa yang saya lakukan. Saya cuma ada doa.Agar saya berdakwah pada diri saya juga.Saya tidak mungkin mampu jadi seorang pendakwah yang mulia.Itu yang saya tahu. وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا وَأَحْسِن كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ Ertinya : "Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan" (Al-Qasas : Posted by Gadis Reformasi at 1:59 PM 1 comments Labels: cinta kasih sayang Islam kekasih hatiSaturday, February 28, 2009 saya sayang sayang sayang sangat dengan awak saya rindu rindu rindu sangat dengan awak saya suka suka suka sangat dengan awak (=
awak suka saya tak? mestilah kan?! :P saya tak boleh hidup tanpa awak la YUMMMMMMMMY saya nak nangis bersama awak la uweek~ saya cuma nak awak la heheh -episod gedik tamat- .saya & chocolate. Posted by Gadis Reformasi at 2:39 PM 1 comments ala chocoholicSunday, February 22, 2009Secara rasminya,saya memang dikenali sebagai seorang chocoholic. Saya memang tidak boleh duduk senang untuk sehari tanpa coklat.Rasanya coklat itu sudah jadi drug pada saya.Bila saya menangis pun,saya selalu mencari coklat.Saya pun tidak tahu manalah hadirnya tabiat suka makan coklat. Posted by Gadis Reformasi at 2:06 PM 1 comments Lelaki kesayangan sayaTuesday, February 17, 20091. Saya lahir dalam sebuah keluarga jawa disebelah ayah.Tapi saya tidaklah tahu untuk bertutur dalam bahasa Jawa.Faham sedikit sahaja kerana ayah tidak bertutur bahasa Jawa dirumah kami.Maka,saya tidaklah tahu sangat.Saya juga dilahirkan dalam sebuah keluarga Pattani-Arab disebelah ibu.Atuk ki berasal dari Pattani.Tuk perempuan pula keturunan Arab.Atuk ki pernah ajar saya bahasa Pattani.Saya pula main-main sahaja.Ish.Ish. 2.Saya rindukan arwah embah lanang dan atuk ki.Mereka lelaki-lelaki kesayangan saya.Mereka jauh sekali.Berjuta batu.Sayang dan rindu saya tak pernah hilang.Saya suka bergurau dengan tuk ki dan arwah embah.Saya cuba layan mereka sebaik mungkin. 3.Bila saya pulang ke Kelantan, tuk ki suka ajar saya memasak.Waktu dia muda dahulu,dia seorang chef di restoran pak ciknya.Maka masakkan tuk Ki memang sedap.Masakkan Thailand.Saya suka kenakan tuk ki dan tuk perempuan.Kesian sahaja selalu kena buli dengan cucu.Hahah.Atuk ki mahu saya belajar di pondok.Belajar agama.Saya mahu sahaja.Agar saya jadi baik dan solehah.Tapi,saya tidak tahu bila.Rindu la kat atuk ki saya yang comel.Saya kurang tinggi mungkin kerana keturunan Tuk Ki.Tuk Ki comel sahaja. 4.Waktu saya pulang ke Malaysia,pada Julai lalu,barulah saya sedari,saya tidak rapat dengan arwah embah.Waktu kecil-kecil dahulu,saya agak takut dengan arwah embah lanang.Lagi-lagi,kalau terlambat bangun Subuh.Tapi,bila sudah berjauhan selama 2 tahun,kami mulai rapat.Embah lanang selalu mengadu rindu dan mahu kami pulang menziarahinya.Bila saya pulang,saya baru merasai tanggungjawab saya sebagai cucu arwah embah lanang.Baru saya faham. 5.Dua lelaki tua ini,adalah atuk dan embah saya.Embah lanang sudah tiada,tapi beliau sentiasa di hati saya.3 hari sebelum beliau pergi,saya dan paman jaga diwaktu malam.Embah tiba-tiba melambai tangan.Muka embah senyum.Embah bercerita tentang mimpinya yang bahagia.Ya ALLAH.Rindu dengan arwah embah.Gigi putih embah.Jubah putih embah.Kopiah putih. 6.Atuk ki,kakak selalu sayangkan atuk.Embah,kakak selalu rindu embah. 7.Saya cuma mahukan kebahagiaan semua manusia.Saya sayang keluarga saya.
Posted by Gadis Reformasi at 2:11 AM 0 comments Labels: keluarga cinta sayang Bila ValentineFriday, February 13, 2009
1.Esok Valentine Day.Saya tidak menyambutnya.Saya Muslim.Saya raikan cinta dan kasih sayang saya secara UNIVERSAL seperti mana dianjurkan dalam Islam.Saya sukakan cinta dan sayang itu dihargai setiap waktu.Setakat ini,saya tidak jumpa lagi mana-mana manusia yang setaraf kasih sayang ibu dan ayah saya.Saya pula tidak setaraf kasih sayangnya dengan mereka.
2.Hari ini, saya dapat strawberry bersalutkan coklat dari kawan Mexico saya,Diana.Saya hargai sebab saya ini seorang chocoholic.Saya penggila coklat.Saya akan makan banyak coklat bila saya emo.Saya makan coklat hari-hari.Tapi,saya tidaklah gemuk dengan coklat.Saya tahu,ibu bimbang,kalau saya gemuk macam teddybear saya itulah. 3.Dalam Islam,kasih sayang itu mulia.Sejarah Valentine adalah sejarah paderi yang dibunuh di Rome.Kenapa perlu kita sambut seorang paderi? Sedangkan kita ini ummat Islam. Pengakhiran "Cintailah saudara seislam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari). Posted by Gadis Reformasi at 12:38 PM 4 comments Labels: cinta kasih sayang Islam hikayatku =DWednesday, February 11, 20091. budak seposen yang diberi nama Nur Najihah Muhaimin.Lahir 21 mei 1991 di Hospital Teluk Intan,Perak.Sekarang tinggal disebuah rumah,di Swansea,Wales,Britain.Saya di Malaysia sejak lahir hinggalah umur 15 tahun.Selepas itu,saya diterbangkan ke Swansea,Wales,UK.Mengikuti bapak saya yang sambung belajar Phd. 2.Saya ini seorang selamba badak jek.Tiada masalah untuk saya berposing dihadapan lensa kamera hanya jika saya atau mereka yang dikenali sahaja photographernya.Saya mungkin juga boleh jadi nice girl or bad girl.Bergantung pada situasi.Im a future photographer. 3.Saya suka kehidupan seni,maka saya ni pun otaknya sangatlah seni.Anak bapak la jugak.Sesungguhnya,saya sangatlah minat menjadi seorang fashion designer =] AMIN 4.Politik pasti la saya minat gilak.Bukan minat sahaja,namun ianya digalas sebagai satu tanggungjawab sebagai manusia yang bergelar ummat akhir zaman.Nak cari pemimpin yang the best tu memanglah susah macam nak cari kuman je.Im a future politician of Malaysian girl 5.Bilik saya yang kemas menandakan saya kurang rajin.Bilik yang seperti sarang tebuan,menandakan saya sedang busy membuat artwork. 6.Saya memang suka warna yang hot dan berani, yakni merah.Saya suka warna yang feminine,yakni pink.Saya suka warna pelangi sebab itulah dalam artwork saya banyak sangatlah warna pelangi digunakan. 7.Prinsip hidup; tak payah nak ada prinsip yang ekxtrim.Rock selamba badak sahajalah asalkan ada ilmu dan iman.Fentink.Fentink.Demi masa hadapan yang cantik berseri-seri =] 8.Saya tak suka disuruh atau dipaksa.Berinteraksi dengan saya dengan cara yang baik.Sahaja.Saya terima. 9.Saya tidak suka marah.Saya marah bila saya lapar,penat dan badmood.Saya tahu marah dan saya juga tidak tahu untuk marah.Kadangkala. 10. Saya sering menaruh mimpi yang tinggi dan berkali-kali juga saya membawa diri agar jangan begini. Saya sensitif tapi saya seorang yang friendly dan funny.
Posted by Gadis Reformasi at 2:11 PM 0 comments Labels: kisah kisahku
Subscribe to:
Posts (Atom)
|
Doraemon
Popular Posts
www.flickr.com
This is a Flickr badge showing public photos and videos from peace reformer. Make your own badge here.
hola my Twitterdengar!DoraemonsDoraemon`s gang
|
|||
tublogaquÃ.blogspot.com |
||||